“Katakanlah (wahai Muhammad): Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya"
"Surah Al-Kahfi : 110""Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
"Surah Al-A'raaf : 31""Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka."
"Surah Al-Taubah : 17"e-Qaryah
Warga kariah Alor Malai dijemput untuk mendaftar melalui sistem e-Qaryah untuk melayakkan menerima manfaat kebajikan.
e-Khairat
Ahli yang berminat untuk menyertai khairat kematian boleh daftar dan buat bayaran secara online melalui sistem e-Khairat
e-Pusara
Carian maklumat ahli yang telah meninggal dunia dan lokasi pusara khusus untuk kariah Alor Malai, Alor Setar, Kedah
MASJID ALBUKHARY
Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.
MASJID ALBUKHARY
Tuan Haji Mohmad Nasrudin bin Ismail
"Masjid bukan sekadar lambang dan syiar dalam kehidupan masyarakat Islam malahan lebih penting dari itu di mana masjid adalah nadi dan pusat kegiatan aktiviti umat Islam. Kehebatan sesebuah masjid bukanlah bergantung kepada senibinanya semata-mata tetapi juga kepada tahap pengimarahannya Sirah perjuangan Rasulullah SAW telah membuktikan betapa pentingnya fungsi masjid kepada perkembangan syiar Islam sehingga menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara Islam yang bertamadun dan berdaulat suatu ketika dahulu. Pada ketika itu masjid bukan sekadar tempat beribadah, malah sebagai pusat kegiatan keilmuan yang menjadi rujukan utama berkaitan hal ehwal agama dan menghimpunkan para alim ulama bagi menyampaikan ajaran Islam. Institusi masjid juga berfungsi sebagai agen sosial dalam sesebuah masyarakat. Melihat kepada kejayaan fungsi masjid pada zaman dahulu, peranan dan fungsi masjid kini perlu diperkasakan secara optimum bagi membina kekuatan ummah dan memenuhi keperluan masyarakat Islam semasa. Justeru itu semua pihak terutamanya pegawai dan jawatankuasa masjid yang dilantik perlu memberi fokus kepada pemerkasaan peranan masjid sebagai penggerak kepada pembangunan masyarakat di era kontemporari ini. Seluruh umat Islam seharusnya turut bersama memantapkan lagi peranan masjid dalam usaha membangunkan ummah yang cemerlang memandangkan hubungan masyarakat Islam dan masjid tidak boleh dipisahkan kerana saling berkait dan saling memerlukan . "
INFAQ MASJID
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”INFAQ