e-Qaryah
Sistem Maklumat Qaryah
Sistem e-Qaryah ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary mengenalpasti semua anak-anak qaryah yang bermastautin dan bermukim di dalam qaryah Alor Malai. Permohonan pendaftaran anak-anak qaryah boleh dibuat secara atas talian (online).Beberapa program kebajikan untuk anak-anak qaryah telah dirancang apabila ahli-ahli qaryah telah mendaftar dengan sistem ini.
Sistem eQaryahSumbangan Kematian
Sumbangan wang tunai kepada waris kepada ahli qaryah yang meninggal dunia.
Anugerah Pendidikan
Saguhati kepada anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan dan bantuan kemasukan ke universiti.
Sumbangan Penyakit Kritikal
Bantuan bagi meringankan beban kewangan untuk tujuan pembelian ubat dan rawatan.
Bakal Haji
Sumbangan kepada bakal-bakal duyufurrrahman yang akan akan melaksanakan rukun Islam ke-5